24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Harimau Malaya atasi Hong Kong 2-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARIMAU Malaya mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Akhyar Rashid yang menjaringkan gol tunggal ketika kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan Khamis lalu, meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-18.

Gol itu berpunca daripada kesilapan penjaga gol Hong Kong yang gagal mengeluarkan bola dengan baik sebelum dirampas Faisal Abdul Halim yang kemudiannya menghantarkan kepada Akhyar dan disudahkan untuk gol pertama Malaysia.

Hong Kong yang dibimbing Jorn Andersen cuba bangkit menerusi beberapa gerakan berbahaya namun ketumpulan jentera serangan menafikan sebarang gol di babak pertama.

Advertisements

Sebaliknya, Harimau Malaya menggandakan jaringan pada minit ke-41, apabila Faisal melakukan larian menarik masuk ke dalam kawasan penalti sebelum melepaskan rembatan leret melepasi penjaga gol, Yapp Hung Fai untuk menjadi kedudukan 2-0.

Minit ke-55 menyaksikan Faisal terlepas peluang mencetak gol kedua peribadinya malam tadi apabila percubaan leretnya hanya sedikit tersasar di sebelah kiri gawang Hong Kong.

Kedua-dua pasukan saling mencipta gerakan selepas itu, namun tiada tambahan jaringan dihasilkan sekali gus memberikan kemenangan berharga buat skuad bimbingan Kim Pan Gon.

Dua kemenangan dalam aksi persahabatan Tier 1 pastinya akan melonjakkan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan jangkaan perubahan dari 145 ke kedudukan ke-139. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan