25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Ketengah

Mesti Baca

PENGERUSI Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau percaya Ahmad dapat membantu merancakkan lagi pembangunan di kawasan Ketengah yang meliputi tiga daerah iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata, selain memberi tumpuan kepada kemudahan infrastruktur seperti meningkatkan kemudahan bekalan elektrik dan air, Ketengah juga memberi tumpuan sebagai hub pengeluaran makanan dan pelancongan di negeri ini.

“Kita akan membangunkan sektor pelancongan di Ketengah di mana kita merancang menjadikan Tasik Kenyir sebagai Food Valley dengan Halal Park dengan tujuan untuk mewujudkan keterjaminan makanan,” katanya.

Zahid berkata demikian selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir malam tadi.

Selain Ahmad Said, turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar serta bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Ismail.

Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Ketengah pada 15 Mei tahun lalu.

Zahid berkata, Ketengah juga akan memberi tumpuan untuk melahirkan usahawan baharu dalam kalangan penduduk di kawasan luar bandar.

“Inisiatif ini akan dapat membantu meningkatkan sosial ekonomi penduduk setempat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan