31.3 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETAKAT ini, tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda wilayah Kahramanmaras, Turkiye.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan ringkas memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.

“Setakat ini, misi kami belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi itu,” menurut kenyataan itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara boleh dihubungi melalui talian +(90) 312 4463547/ 48 atau +(90) 534 4571006 (selepas waktu pejabat) atau e-mel [email protected]

Sementara itu, Konsulat Jeneral di Istanbul boleh dihubungi melalui talian +(90) 212 9891001/ 09 atau +(90) 551 7112174 (selepas waktu pejabat) atau e-mel [email protected]

Hari ini, media melaporkan sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 4.17 pagi Isnin.

Baca juga:   Tiada rakyat Malaysia terkesan dua insiden di Mesir

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter.

Negara jiran Syria turut terjejas dengan 237 orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 639 cedera akibat gegaran kuat melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Tempah janji temu klinik pergigian guna MySejahtera

Terkini

Warga emas maut dalam perjalanan balik rumah

SEORANG pemandu warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3.9 Lebuhraya Kemuning, Shah Alam, pagi tadi. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan