32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

PRN: KJ minat bertanding di Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan rasa minatnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Selain itu, beliau turut mengakui beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang.

Khairy bagaimanapun mengambil sikap ‘kunci mulut’ tanpa mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu.

“Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan,” katanya memetik laporan The Star.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan bersama media hari ini.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, Khairy tewas di Sungai Buloh apabila Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan melalui calonnya, Datuk R Ramanan dengan majoriti 2,693 undi.

Ramanan mendahului dengan 50,943 undi, manakala Khairy memperoleh 48,250 undi.

Khairy turut menjelaskan, minatnya untuk bertanding dalam PRN Selangor akan datang itu jika beliau memutuskan untuk kembali berpolitik selepas dipecat oleh UMNO pada 27 Januari lalu.

Baca juga:   Tak salah bercita-cita jadi PM - KJ

“Sekiranya saya membuat keputusan untuk tidak bertanding PRN, maka saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk memutuskan platform politik yang saya pilih sebagai babak seterusnya dalam perjalanan politik saya.

“Jika saya mahu menyertai PRN, saya perlu membuat keputusan dalam beberapa bulan akan datang ke arah mana saya akan pergi,” ujarnya.

Khairy berkata, pengalaman di negeri akan melengkapkan kemahirannya kerana mempunyai pengalaman sebagai bekas ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal dan mengetuai tiga kementerian berbeza sebelum ini.

Baca juga:   KKM tidak pernah perakui produk ganti ubat rawat diabetes

Ketika ditanya samaada adakah bercadang menubuhkan parti baharu di negara ini, Khairy berkata, tidak mungkin beliau berbuat begitu (tubuh parti).

“Pasaran agak tepu dan saya lihat mungkin tiada ruang untuk parti baharu di Malaysia.

“Walaupun ia satu pilihan, tidak mungkin (saya akan tubuh parti baharu),” tegasnya.

Wartawan

Terkini

Nasib 476 banduan, tertakluk RUU mansuh hukuman mati jika lulus

SERAMAI 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-undang...

Lagi Artikel Berkaitan