24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gempa: Malaysia hantar pasukan SMART ke Turkiye

Bantuan SAR itu juga digerakkan setelah menerima pengesahan keperluan bantuan daripada kerajaan Turkiye

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, proses penghantaran pasukan SMART dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, bantuan SAR itu juga digerakkan setelah menerima pengesahan keperluan bantuan daripada kerajaan Turkiye.

“Sehubungan itu, seramai 75 orang anggota akan digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Alirlines dengan membawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi SAR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Armizan lagi, pasukan SMART telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Turkiye dan utara Syria hari ini merobohkan ratusan bangunan dan angka kematian melonjak kepada sekurang-kurangnya 641 orang.

Beratus-ratus lagi mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan dan jumlah korban dijangka terus meningkat apabila anggota penyelamat menjalankan kerja mencari di timbunan runtuhan bangunan di bandar dan pekan seluruh kawasan terbabit.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan