Saturday, June 13, 2026

Tangan budak 3 tahun tersangkut dalam pembesar suara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH keluarga cemas seketika apabila tangan kanak-kanak perempuan tersekat pada kotak pembesar suara di Taman Kinamount, di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, kanak-kanak berusia lingkungan tiga tahun terbabit dikatakan memasukkan tangan pada kotak pembesar suara.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat mengeluarkan semula tangannya sehingga memaksa ahli keluarganya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.41 petang.

“Sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi terus bertindak membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklum PGO lagi, mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan operasi tamat pada pukul 4 petang.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan