26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Tengku Zafrul tawar diri bertanding MKT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam pemilihan parti itu nanti.

Tengku Zafrul menyifatkan langkah itu signifikan dalam usaha membina ‘tapak’ politik khidmat bagi tempoh jangka masa panjang.

Menurut beliau, lanskap politik yang semakin dinamik membuka ruang persaingan yang sihat dan membina.

“Politik ini sifatnya dinamik, dan yang paling penting ialah sentuhan efektif membantu untuk memartabatkan masyarakat dan negara.

“UMNO sebuah parti yang berpengalaman dan Barisan pemimpinnya matang menempuh jatuh bangun politik.

“Justeru saya percaya pemimpin dan akar umbi parti mahu melihat gabungan kepimpinan yang lebih dinamik dan pelbagai latar untuk pastikan proses pengukuhan parti pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat berjalan dengan baik,” katanya, lapor Astro AWANI.

Tokoh perbankan itu telah dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu atas tiket Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Selangor.

Baca juga:   Polis siasat kes wanita larikan wang lebih setengah juta

Bagaimanapun beliau gagal menewaskan penyandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad daripada Pakatan Harapan.

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan