26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Program pembangunan luar bandar harus relevan, tidak bertindih

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN perlu meneliti keberkesanan semua program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan ketika ini bagi memastikan ia relevan dan menepati keperluan kumpulan sasar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana populasi penduduk di kawasan luar bandar kini telah berubah daripada 70 peratus penduduk pada sekitar 1960-an, kepada 30 peratus penduduk ketika ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ertinya berlaku social vertical mobility dan horizontal mobility, yakni berlaku perpindahan, urbanisasi, status sosial mereka telah berpindah melalui pendidikan, dan adakah agenda kementerian ini harus statik atau jumud dalam perkara sama.

“Jadi mereka yang berada di subbandar harus didepani, mereka berada dalam kawasan pendesaan harus ditekuni sebab mereka perlu (infrastruktur) komunikasi, infrastruktur, TVET, pendidikan… kita harus merelevankan semua program mengikut cita rasa kumpulan sasaran, bukan mengikut cita rasa menteri kerana menteri datang dan pergi,” katanya dalam program Ruang Bicara semalam.

Baca juga:   Pelbagaikan lokasi alternatif solat Jumaat, perkenal pendaftaran Online

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan TVET berkata, kini terdapat 11 kementerian yang melaksanakan program TVET dengan matlamat yang sama sehingga berlaku pertindihan program yang ditawarkan.

“Adakah ini cost effective? Cukuplah zaman kita menyalahkan kementerian dan menteri sebelum ini, kita harus bergerak ke hadapan melibatkan bukan hanya TVET tetapi latihan lain, bagaimana struktur sosial dan sosial illness pemuda harus diatasi.

Baca juga:   Ada pihak kalut seruan UMNO 'all out' guna media sosial

“Ini menjadi agenda saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sosial sebab saya cakap bukan hanya sekadar (berkaitan) sebuah kementerian, saya melihat keseluruhannya, dari segi jamaknya sebuah komuniti, sebuah negara Madani yang harus berpaksikan ketamadunan baharu,” katanya. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan