25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Polis tangkap 8 individu termasuk ‘dalang’ Sapiza Saving Extra

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) berjaya menangkap lapan individu termasuk ‘dalang’ utama utama sindiket Sapiza Saving Extra (SSE), pada 27 Januari lalu.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, tangkapan itu dibuat melalui serbuan di sekitar Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, kesemua yang ditangkap terdiri daripada dua lelaki dan enam wanita berusia lingkungan umur 31 hingga 37 tahun.

“Turut dirampas adalah sebuah kenderaan mewah, kad-kad ATM, telefon bimbit pelbagai jenama dan pelbagai dokumen yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penipuan ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA 2001),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Noorsiah, polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap skim simpanan itu yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan di seluruh negara.

Menurutnya, ehingga kini, polis telah menerima 116  laporan melibatkan nilai kerugian berjumlah RM4,438,300.

“Siasatan awal mendapati skim berkenaan telah mula aktif sejak tahun 2015 dengan menawarkan simpanan berasaskan “permainan kutu”.

Advertisements

“Namun, bermula pada tahun 2021, skim ini mula menawarkan beberapa pelan simpanan baharu iaitu pelan serendah RM250 sehingga RM20,000 merangkumi tempoh simpanan antara dua hingga lima bulan.

“Skim baharu yang ditawarkan turut menjanjikan keuntungan sebanyak 15 peratus hingga 40 peratus daripada jumlah wang yang disimpan,” katanya.

Bagaimanapun, ujar Noorsiah, sejak Oktober tahun lalu, pengendali skim simpanan itu didapati telah mulai gagal untuk melunaskan pembayaran keuntungan kepada peserta.

Baru-baru ini, media melaporkan keresahan mangsa skim tersebut yang terpaksa menanggung kerugian besar selepas keuntungan yang dijanjikan tidak diperoleh.

Sidang media itu diketengahkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di ibu negara.

Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, skim itu menarik ribuan individu termasuk yang bergelar ustaz, puluhan anggota polis dan ratusan penjawat awam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan