Saturday, June 13, 2026

Polis nafi mesej tular taktik samun tinggal telefon di jalan raya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penyebaran mesej tular di media sosial yang mendakwa kononnya terdapat taktik baru dalam jenayah samun.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, mesej berkenaan mendakwa penyamun akan meletakkan telefon dalam keadaan lampu menyala di jalan raya bagi menarik perhatian mangsa supaya berhenti.

Menurutnya, mana-mana mangsa yang berhenti untuk mendapatkan telefon berkenaan seterusnya akan disamun.

“PDRM mengesahkan bahawa tiada laporan diterima mengenai modus operandi sedemikian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan mesej atau berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan serta kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Noorsiah lagi, mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan mengikut undang-undang,.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan