36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPWKM sasar 6,000 remaja manfaat Trak KafeTEEN – Nancy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menetapkan sasaran capaian bagi Program Trak KafeTEEN Outreach untuk tahun ini adalah seramai 6,000 remaja di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Trak KafeTEEN Outreach menyediakan perkhidmatan secara turun padang bagi remaja melakukan aktiviti-aktiviti sihat dan bermanfaat untuk kebaikan diri mereka sendiri.

Menurutnya, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut memperluaskan Program Advokasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial bagi memupuk resilien dan jati diri remaja serta menjaga batas pergaulan.

“Kempen ‘Jangan Malu Ambil Tahu, Jangan Malu Bagi Tahu’ bertujuan mendidik remaja mengenai ilmu dan kefahaman tentang kesan negatif hubungan seks sebelum nikah, kesihatan reproduktif dan gejala sosial yang menyelubungi golongan remaja.

“Kempen ini juga bertujuan untuk memupuk jati diri remaja melalui penghayatan nilai KASIH iaitu kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, berilmu dan harmoni bagi mengelakkan mereka daripada terlibat dalam sebarang aktiviti tidak bermoral, seiring dengan konsep Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penyerahan TRAK KafeTEEN Outreach #AmbilTahuBagiTahu di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Dalam pada itu, Nancy berkata, majlis itu adalah sebagai simbolik penambahbaikan kepada program outreach sedia ada yang dilaksanakan oleh LPPKN terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan pusat aktiviti untuk golongan remaja.

“Trak KafeTEEN Outreach merupakan tambahan kepada sejumlah 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN sedia ada di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak lapan buah berada di premis LPPKN, lapan di Pusat Transfomasi Bandar atau UTC dan dua dikenali sebagai Pusat Transit KafeTEEN,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga ingin mengetengahkan KafeTEEN sebagai pusat pelaksanaan program berkaitan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) dengan fasiliti mesra remaja.

Sehubungan itu, individu khususnya remaja yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen dengan melayari laman web di https://www.ambiltahubagitahu.com.my.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan