24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Hanya nyata kekecewaan ‘dilanyak’ ketika jadi PM – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan rujukan yang dipetik dalam dua laporan media telah menyimpang daripada wawancara beliau bersama Mingguan Malaysia pada 5 Februari lalu.

Beliau berkata, dalam wawancara itu, beliau hanya menyatakan kekecewaan yang tidak pernah ditunjukkan selama ini.

“Saya Perdana Menteri UMNO. Untuk mengukuhkan UMNO masa itu, daripada 29 menteri kabinet, 14 daripadanya adalah menteri BN walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen.

“Tetapi waktu itu saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri dari UMNO. Saya dilanyak waktu itu. UMNO seolah-olah pembangkang waktu itu.

“Ini yang saya maksudkan dalam wawancara saya bersama media tempoh hari,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan beberapa kekeliruan berkaitan laporan ‘UMNO dilanyak’ seperti mana yang diterbitkan pada laporan ini dalam sebuah media tempatan.

Memetik laporan astroawani bertajuk “Pemimpin UMNO ‘dilanyak’ dalam Kerajaan Perpaduan? – Zahid jawab pandangan Ismail Sabri”, dalam satu temu bual eksklusif dengan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini, Ismail Sabri berkata, pemimpin-pemimpin UMNO ‘dilanyak’ seperti pembangkang, sekali gus mengangkat pemimpin dari parti-parti lain.

“Sekarang kalau kita perhatikan, ada yang ‘lambung’ sehingga perkara tidak munasabah yang dilakukan kerajaan sekarang pun kadang-kadang dipertahankan,” tegas Ismail Sabri dalam wawancara berkenaan.

Advertisements

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Ismail Sabri bahawa pemimpin-pemimpin UMNO ‘dilanyak’ seperti pembangkang dalam Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai pandangan peribadi.

Terdahulu dalam temubual  eksklusif  tersebut, Ismail Sabri menyatakan agak kecewa, namun, beliau tidak pernah menunjukkan kekecewaan.

“Walaupun kita hanya ada 42 kerusi di Parlimen tetapi saya ditekan oleh UMNO sendiri seperti saya bukan Menteri UMNO.

“Setiap apa yang berlaku, tekanan adalah terlalu kuat pada saya. Cadangan-cadangan yang bagus saya setuju. Saya boleh kata, kenapa tak gunakan saluran yang betul untuk diberi pandangan dari parti mesyuarat MT setiap bulan, bagitahu lah saya apa yang patut kita buat.

“Tak payahlah bantai saya dalam surat khabar, ini dalam media secara terbuka serang saya. Dahulu saya sesama UMNO dikritik begitu teruk, kita dilanyak seperti kita ini Pembangkang.

“UMNO ini seolah-olah Pembangkang waktu itu dari Kerajaan yang saya perintah tetapi hari ini disanjung begitu mulia,” katanya dalam wawancara berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan