33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Malaysia tumpu kerjasama ekonomi, pelabur dari Thailand

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengalu-alukan pelaburan asing terutamanya dari Thailand sebagai usaha bagi menyemarak hubungan akrab kedua-dua negara tetangga Malaysia-Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata hari ini beliau berkesempatan bersama barisan penggiat industri di majlis wacana mengenai peranan, tantangan serta prospek masa depan kerjasama dan kesatuan serantau dalam ASEAN.

“Dalam ucaptama, saya menyatakan bahawa Thailand adalah antara negara terpenting dalam kerjasama ekonomi dan lapangan budaya yang mesti diberi tumpuan.

“Saya turut singgung mengenai peranan ASEAN dalam mendepani isu-isu serantau terutama melibatkan Myanmar dan masalah pelarian,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, menerusi sesi soal jawab, beliau turut disoal mengenai etika tatanan yang mahu diterjemahkan, selain isu-isu konflik Rusia-Ukraine, pertembungan China-Amerika, ‘de-dollarisation’ oleh gergasi-gergasi ekonomi.

Ujarnya, beliau juga mengusulkan berkenaan pendirian ASEAN, selain ruang serta manfaat yang boleh dicapai oleh Malaysia dan Thailand.

Perdana Menteri ketika ini dalam sesi lawatan kerja selama dua hari di Thailand, bermula semalam.

Lawatan dua hari itu adalah lawatan rasmi sulung Anwar ke Thailand selepas dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu serta destinasi keempat beliau selepas Indonesia, Brunei dan Singapura. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan