32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

MITI raih FDI RM13 bilion menerusi misi ke Singapura

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah berjaya meraih komitmen pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM13 bilion daripada tiga pelabur melalui misi pelaburannya ke Singapura.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, tiga syarikat iaitu Sea Ltd., Kumpulan Yondr dan INSEACT, secara kolektif telah memberi komitmen untuk melabur RM13 bilion di Malaysia.

“Komitmen Sea Ltd, syarikat induk Shopee saya terima semasa hari pertama lawatan kerja ke Singapura, manakala dua lagi komitmen saya terima melalui pertemuan bersama Kumpulan Yondr dan INSEACT pada hari ini (semalam).

“Yondr Group ialah sebuah syarikat peneraju global dalam pembangunan dan pengendalian pusat data yang merancang untuk membangunkan kampus data pusat hiperskala di atas tanah seluas 75 ekar di Sedenak Tech Park (STeP) yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Johor,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Baca juga:   Moratorium: Bank tidak kenakan faedah terkompaun, caj penalti

Manakala Tengku Zafrul berkata, INSEACT pula ialah syarikat protein alternatif, dan pengeluar protein serangga untuk makanan akuakultur. Ia berhasrat untuk menubuhkan fasiliti pengeluaran di Johor, fasiliti pertamanya di Asia Tenggara.

Menurut beliau, pendekatan unik dalam pengeluaran protein alternatif ini berpotensi untuk menampung permintaan Asia yang semakin meningkat bagi sumber makanan yang mampan.

“InsyaAllah, saya akan teruskan usaha meraih lebih banyak pelaburan asing demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, pelaburan tersebut dijadualkan beroperasi dalam tempoh tiga tahun akan datang, katanya yang mengetuai misi itu sempena lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura baru-baru ini.

Baca juga:   Meja bantuan fizikal MySejahtera pertama di PPV WTC KL

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan