32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Seorang rentung dalam kebakaran pangsapuri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penghuni sebuah unit pangsapuri di Flora Damansara di Petaling Jaya, dilaporkan rentung selepas kediaman itu terbakar, malam tadi.

Pusat gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.13 malam.

Difahamkan, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Sungai Buloh, Kota Anggerik serta Puchong dikejarkan ke lokasi.

Jurucakap bomba berkata, kebakaran membabitkan sebuah unit di tingkat 21 Blok D pangsapuri berkenaan.

“Anggota bomba segera menjalankan operasi memadamkan kebakaran dan berjaya dikawal pada 10.20 malam.

“Rumah berkenaan musnah 90 peratus dan seorang mangsa ditemui rentung,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur Speaker, gagal menjawab soalan

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat, hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan