26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Menteri Luar Australia Penny Wong adakan lawatan kerja ke Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula hari ini.

Kedua-dua menteri dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama termasuk ASEAN, Myanmar dan pakatan kerjasama tiga hala yang melibatkan Australia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat (AUKUS).

Menurut kenyataan Wisma Putra, Wong juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertemu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli serta menghadiri program-program yang telah diatur oleh Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur.

“Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua negara untuk mengukuhkan lagi hubungan dan meneroka lebih banyak peluang kerjasama di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

“Kedua-dua pihak mempunyai kerjasama erat dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan, sains dan teknologi, pendidikan, memerangi keganasan, perdagangan dan pelaburan,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:   Sultan Brunei sambut baik rundingan pelaksanaan VTL

Pada 2023, Australia dijadual menghoskan Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) kedua dan Mesyuarat Menteri Luar Negeri (AFMM) kelima di bawah rangka CSP.

Jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara pada 2022 meningkat dengan ketara sebanyak 55.4 peratus kepada RM88.65 bilion (AS$20.05 bilion), menjadikan Australia sebagai rakan dagang ke-10 terbesar di peringkat global bagi Malaysia.

Sementara itu, Wong dalam satu kenyataan berkata, lawatannya ke Malaysia akan mengesahkan semula keutamaan bersama di bawah CSP.

Baca juga:   Sultan Brunei sambut baik rundingan pelaksanaan VTL

“Saya berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Anggota Kabinet yang baharu, termasuk Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri Ekonomi.

“Mesyuarat ini akan memberi tumpuan kepada memajukan hubungan perdagangan dan ekonomi, kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan serantau serta hubungan erat antara rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Australia komited untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menyokong peranan penting ASEAN terhadap keamanan dan keselamatan serantau.

Selepas lawatannya ke Malaysia, Wong dijadual berlepas ke India dan bertemu rakan sejawatnya ketika Mesyuarat Menteri Luar G20 di New Delhi. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan