25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mechamato catat sejarah menang Anime Fan Award di Tokyo

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANIMASI Mechamato berjaya mencatatkan sejarah apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

TAAF2023 secara keseluruhan telah menerima 183,364 undian dan Mechamato telah mendapat 40,590 undian daripada jumlah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak yang juga pengasas siri Mechamato berkata, Mechamato merupakan animasi luar Jepun yang pertama memenangi kategori ini.

“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Awad di Tokyo Anime Award Festival 2023. Terima kasih semua atas undian dan sokongan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Kejayaan animasi Mechamato turut mendapat pujian daripada warganet.

Sebelum ini, siri animasi Mechamato ditayangkan di platform penstriman Netflix sejak September tahun lalu, bukan sahaja meraih perhatian penonton tempatan, malah diikuti peminat di Jepun.

Bagi tayangan siri di Jepun, watak utama Amato menampilkan pelakon suara Jepun, Ayumu Murase yang popular dengan watak Hinata bagi animasi Haikyuu serta Venti dalam Genshin Impact.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan