25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Menu Rahmah untuk yang memerlukan, pilihan lain masih ada

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan inisiatif Menu Rahmah digerakkan untuk mereka yang memerlukan.

Namun ujar beliau, para peniaga boleh mengekalkan model perniagaan yang sama sambil menyahut saranan Kerajaan menyediakan Menu Rahmah.

“Sambil jual Menu Rahmah, boleh teruskan jual menu yang lain pada harga pasaran juga. Menu Rahmah ini kita gerakkan untuk mereka yang memerlukan. Kadang-kadang ada yang lapar, tapi hanya ada RM5, kini bolehlah menikmati makanan yang mengenyangkan.

“Pada yang mahu makan burger atau juadah lain, masih boleh order, tiada masalah, selera masing-masing.

“Terima kasih banyak kepada semua yang menyahut inisiatif kerajaan menerusi Menu Rahmah ini.

Inilah usaha bersama kita demi Malaysia Madani,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Menu Rahmah (nasi padprik) di Restoran Wachaa Parit Raja,Batu Pahat Johor.

Advertisements

Turut hadir, Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan akan memastikan inisiatif Menu Rahmah bertahan lama dan bukan yang hangat pada waktu kempen sahaja.

“Saya akur dan memerlukan satu sinergi sebab KPDN tidak boleh bekerja sendirian bagi menjayakannya (Menu Rahmah). Saya akan lakukan libat urus antara pihak industri makanan, pembekal bahan mentah dan kedai makan serta restoran.

“Kita juga akan libatkan syarikat makanan segera bagi memastikan menu ini bertahan lama  dan bukannya ‘one off’ atau untuk sehari dua sahaja,” katanya.

Menurut Salahuddin lagi, keputusan tentang rundingan akhir bersama-sama rangkaian makanan segera dijangka akan diumumkan minggu depan, iaitu melibatkan menu yang akan ditawarkan dengan harga berpatutan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan