32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Ismail Sabri doa mangsa gempa Turkiye, Syria dapat diselamatkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan dan berharap agar kesemua mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria dapat diselamatkan.

Malah Ahli Parlimen Bera itu juga berharap agar bantuan yang diberikan oleh seluruh negara dapat meringankan beban pasukan penyelamat Turkiye.

“Saya juga berharap agar keluarga mangsa yang terlibat terus cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.

“Salam takziah kepada Kerajaan serta rakyat Turkiye dan Syria,” katanya dalam Facebook har ini.

Ujarnya, beliau amat berdukacita dengan kejadian gempa bumi yang telah meragut ribuan nyawa di wilayah selatan Turkiye dan utara Syria.

“Saya difahamkan dua gempa bumi berskala besar berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud telah menggegarkan wilayah Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis yang mengorbankan beribu nyawa,” katanya.

Baca juga:   Banjir kilat: Kementerian, agensi ambil langkah segera - PM

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kerana bertindak pantas menghantar 75 anggota untuk membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi.

“Ini adalah bukti hubungan baik di antara kedua-dua negara,” katanya.

Malah beliau juga menzahirkan kesyukuran kerana mendapat laporan 12 rakyat Malaysia yang berada di sana terselamat.

Sebelum ini, agensi bantuan Turkiye, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) berkata, kini terdapat 2,921 kematian di negara itu sahaja menjadikan jumlah yang disahkan kepada 4,365 orang.

Baca juga:   Dana RM75.8 juta untuk impak, pemulihan pascabanjir - PM

Terdapat kebimbangan bahawa jumlah kematian akan meningkat dengan pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sehingga 20,000 mangsa meninggal dunia dalam bencana itu.

Gempa bumi pertama melanda pada 4:17 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman kira-kira 18 kilometer berhampiran bandar Gaziantep di Turki, yang menempatkan kira-kira dua juta orang, kata Kajian Geologi AS.

Gempa bumi kedua dilaporkan berlaku pada pukul 1.24 petang (waktu tempatan) di daerah Elbistan, wilayah Kahramanmaras, Turki.

Lebih 14,000 orang setakat ini dilaporkan cedera di Turki, kata agensi pengurusan bencana, manakala Syria berkata sekurang-kurangnya 3,411 orang cedera.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Nasib 476 banduan, tertakluk RUU mansuh hukuman mati jika lulus

SERAMAI 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-undang...

Lagi Artikel Berkaitan