25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Hutang peneroka:  RM8.3 bilion dah lupus tahun 2021

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sudah melupuskan sebahagian hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion pada tahun 2021.

Bagaimanapun tindakan berkenaan telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.

Menurut Pengerusi Felda Tan Sri Idris Jusoh, setelah menyelesaikan sebahagian hutang daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM12.1 bilion, Felda tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang kali kedua

“Bayaran kembali baki pinjaman kini akan diteruskan seperti perjanjian pelupusan hutang tersebut demi menjamin kelangsungan organisasi dan membolehkan Felda terus menjaga kebajikan warga peneroka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujar Idris lagi, pelupusan hutang peneroka Felda tidak pernah dibatalkan oleh mana-mana kerajaan termasuk Kerajaan Perpaduan dan semua peneroka yang menandatangani perjanjian itu telah menikmati manfaat dengan bayaran kembali pinjaman yang jauh lebih rendah dan mampu dibayar.

Advertisements

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada laporan media yang merupakan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said kepada pertanyaan lisan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau).

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kerajaan, melalui Felda, tetap komited untuk membantu peneroka dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan pendapatan peneroka serta memastikan hutang mereka tidak terus meningkat.

Menurutnya, komitmen itu terbukti apabila pada 2022, purata produktiviti ladang peneroka meningkat sehingga 19.43 tan perhektar setahun berbanding 17.29 tan perhektar setahun mewakili peningkatan lebih 12 peratus.

“Ini sekali gus akan dapat memberikan pulangan pendapatan yang lebih tinggi kepada warga peneroka Felda,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan