27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Bot nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia pukul 12.41 tengah hari semalam selepas didapati menceroboh perairan negara.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot nelayan itu ditahan kapal ronda Maritim Malaysia di kedudukan 34.2 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika melaksanakan rondaan Op Tanjung dan Op Pertiwi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh empat kru warga Indonesia berumur antara 31 hingga 40 tahun.

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

Advertisements

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abd. Razak, bot serta kru ditahan termasuk 100 kilogram hasil laut dibawa di Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Ujar beliau, Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal dari sebarang pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia.

“Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian O4-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan