24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Akaun Bersatu dibeku: Kerajaan Perpaduan tidak campur tangan

Adalah tidak bertanggungjawab apabila tokoh politik daripada parti pembangkang membuat tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan memberi tekanan kepada SPRM.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak campur tangan terhadap siasatan berhubung pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, badan penguatkuasaan dan badan kehakiman termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kekal bebas.

“Adalah tidak bertanggungjawab apabila tokoh politik daripada parti pembangkang membuat tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan memberi tekanan kepada SPRM untuk memgambil tindakan kepada pihak pembangkang.

“Kita tidak menggunakan badan badan ini, yang berlaku ada dua hal dimana siasatan itu dibuat selepas adanya laporan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM tentang penggunaan wang oleh Bersatu.

Advertisements

“Sebagai Menteri Kewangan, saya juga dapati projek-projek yang dilaksana Bersatu menelan belanja terlalu tinggi tanpa proses tender. Kalau tiada tender dan kos tidak melambung tinggi, itu tidak menjadi isu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini.

Katanya, beliau mendapati projek Jana Wibawa yang dilaksana parti itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tebatan banjir menelan kos terlalu tinggi. Maka saya dedahkan maklumat dari MOF.

“Apa yang dilakukan SPRM itu bukan tertakluk kepada saya tetapi tertakluk kepada siasatan yang mendapati dalam akaun parti ada lebih RM300 juta. Itu memang harus dijelaskan,” katanya.

Tambah Anwar, beliau tiada masalah sekiranya SPRM memeriksa akaun parti lain dan menyatakan, parti lain melakukan audit kewangan parti dan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) setiap tahun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan