32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Prof Agus dilantik Ketua Pengarah J-Kom baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGANALISIS politik, Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di Jabatan Perdana Menteri.

Mohammad Agus berkata, beliau menggalas tanggungjawab besar itu bagi membangunkan negara bukan sahaja aspek ekonomi dan infrastruktur, tetapi juga siasah dan masyarakat seperti mana hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dari segi siasah, adalah untuk menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan rakyat memahami serta mendokong misi kerajaan dalam merealisasikan Malaysia Madani.

“Dari segi masyarakat, mendidik dan menyedarkan rakyat akan keperluan untuk saling menghormati dan bersatu supaya tidak ada lagi sikap ekstremisme agama dan kaum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru katanya, J-Kom memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua supaya dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik.

“Tiga teras utama J-Kom, iaitu membudayakan ilmu, membudayakan masyarakat berkemahiran digital, dan mengukuhkan semangat patriotik rakyat.

Baca juga:   Adakah tangan-tangan kotor dari Malaysia terlibat? – Pemuda Pas

“Semuanya akan laksanakan mengikut acuan Malaysia Madani supaya program yang bakal kami laksanakan nanti dapat merealiasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang maju, harmoni dan sejahtera,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Agus berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah memisahkan masyarakat dengan pengaruh media sosial membawa banyak kesan negatif kepada hubungan antara kaum.

“Bagi memulihkan kembali keadaan ini, J-Kom akan berusaha untuk mendidik masyarakat supaya semangat patriotisme serta hubungan baik dan tolarensi sesama rakyat kembali kuat dan subur.

Baca juga:   Pelajar perempuan terima kejutan Pemangku Raja Pahang

“Bagi menggerakkan usaha ini, J-Kom akan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, NGO, belia dan pemimpin masyarakat,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nasib 476 banduan, tertakluk RUU mansuh hukuman mati jika lulus

SERAMAI 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-undang...

Lagi Artikel Berkaitan