26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

PRN: N. Sembilan cadang bubar DUN 1 Jun ini

Mesti Baca

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau yang juga Naib Presiden PKR bagaimanapun berkata, cadangan itu akan dibincangkan terlebih dahulu bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Kita belum bincang dengan Majlis Presiden, tapi cadangannya bubar pada 1 Jun, hanya cadangan, esok-esok (adakan) perbincangan mungkin akan berubah (tarikh bubar). Kita juga akan ada mesyuarat menteri besar hujung bulan dua ini, kita akan bincang secara tidak formal, insya-Allah.

“… Jun bubar, lepas itu terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nak buat PRN bila dalam tempoh 60 hari (lepas bubar DUN).. maknanya bersama (negeri lain), tak ada masalah,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Seremban, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan selepas pertengahan Jun mengambil kira beberapa faktor termasuk bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri, tempoh ibadah haji serta sambutan Aidiladha.

Baca juga:   Permohonan 204 pekebun Musang King ditolak mahkamah

Selain Negeri Sembilan dan Kedah, empat lagi negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Pukul pemandu lori: 2 suspek kena tangkap, seorang masih diburu

DUA lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pemandu lori kontena  yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang...

Lagi Artikel Berkaitan