32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

PM perkenal logo Malaysia Madani dalam media sosial

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan logo Malaysia Madani iaitu konsep pentadbiran kerajaan sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Logo tersebut mempunyai reka bentuk seakan telapak tangan dan diasaskan dengan empat warna Jalur Gemilang iaitu merah, biru, kuning dan putih.

Lima jari dengan jalur merah putih yang ditonjolkan dalam logo itu merupakan lambang kepada Rukun Negara iaitu asas ideologi Malaysia manakala bulatan “telapak tangan” berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bulan sabit pula adalah simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan turut dijadikan salah satu elemen logo tersebut manakala bintang berbucu 14 yang melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Empat warna yang digunakan untuk logo berkenaan iaitu biru, melambangkan kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan; merah (keberanian, jati diri dan keazaman); kuning (nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan; manakala putih (keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni).

Baca juga:   Onn Hafiz angkat sumpah sebagai MB petang ini?

Perdana Menteri dalam hantaran sama berkata, Malaysia Madani diusulkannya sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya.

“Kita pastinya berusaha agar nilai-nilai ini digerak serta dilaksana sebaiknya,” katanya.

Konsep berkenaan yang diperkenalkannya secara rasmi pada 19 Januari lepas , diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Baca juga:   Paip bocor punca tanah runtuh di Taman Mega Jaya

Wartawan

Terkini

Warga emas maut dalam perjalanan balik rumah

SEORANG pemandu warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3.9 Lebuhraya Kemuning, Shah Alam, pagi tadi. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan