30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kebakaran Wisma Jakel tiada unsur jenayah – Bomba Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIASATAN peringkat akhir kejadian kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, siasatan kebakaran Wisma Jakel kini sudah masuk peringkat akhir

“Setakat ini, kita dapati tiada unsur-unsur jenayah dikesan pada peringkat ini, kita yakin dapat siapkan siasatan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita semasa Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli-belah di Damansara, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan gedung tekstil terkemuka itu terbakar dua kali pada 1 dan 3 Jan lepas membabitkan anggaran kerugian hampir RM100 juta.

Mengulas mengenai kempen berkenaan, beliau berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut di premis dan lokasi tumpuan awam bagi memastikan ia selamat daripada sebarang risiko kebakaran.

“Sehingga semalam (17 Jan) kami telah memeriksa 28 premis di seluruh Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Md Razali turut menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena musim perayaan ini agar memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat.

“Selain itu, kenderaan telah diselenggara, mendapat rehat yang cukup dan merancang perjalanan terlebih dahulu,” katanya.

Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baharu Cina berlangsung dari 2 Jan hingga 30 Jan ini. – BERNAMA

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan