24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kesilapan kerajaan terdahulu tidak boleh diteruskan – PM

Jemaah Menteri perlu memastikan kesilapan dan keterlanjuran kerajaan terdahulu yang melibatkan aspek perbelanjaan, ketirisan dan syarat serta peraturan tidak berlaku.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KESILAPAN dan keterlanjuran pentadbiran kerajaan terdahulu tidak boleh diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini.

Berikutan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jemaah menteri mesti mengambil pendekatan serius bagi memastikan kesilapan dan keterlanjuran kerajaan terdahulu yang melibatkan aspek perbelanjaan, ketirisan dan syarat serta peraturan tidak berlaku.

“Perbincangan turut diadakan dengan Ketua Audit Negara melibatkan laporan untuk tahun 2021 bagi meneliti semula teguran-teguran yang dibuat melibatkan perbelanjaan, ketirisan, syarat serta peraturan.

“Saya turut menggesa Jemaah Menteri mesti ambil teguran ini secara serius bagi menghentikan kesilapan dan ketelanjuran di masa lalu, dan ia sama sekali tidak boleh diteruskan,” katanya di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut berkongsi beberapa intipati penting yang dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini.

Advertisements

Selain itu, Anwar berkata, jemaah menteri turut dikemukakan cadangan penambahan jawatan Ketua-Ketua Hakim bagi negeri Sabah dan Sarawak berikutan peningkatan kes di kedua-dua negeri berkenaan.

“Selain itu, bangunan-bangunan Mahkamah di Sabah dan Sarawak yang dhaif akan turut dibaiki,” katanya.

Di samping itu, kata Anwar, jemaah menteri turut memutuskan mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk menganggotai SUHAKAM.

“Ia adalah cabang khas yang ‘autonomous’ dibawah SUHAKAM bagi meneliti dan mendepani banyak masalah melibatkan penderaan, dan masalah sosial lain yang melibatkan kanak-kanak.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan jawatankuasa ini. Nama-nama anggota akan diumumkan kelak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan