Wednesday, June 17, 2026

Sultan Terengganu berkenan terima menghadap Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Syarqiyyah, hari ini.

Kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat masuk ke perkarangan Istana Syarqiyyah pada 10.27 pagi dan meninggalkan istana kira-kira sejam kemudian.

Sesi menghadap Sultan Mizan itu yang pertama buat Anwar, sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lepas.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara,

selepas pelantikan beliau diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan bersama ketua jabatan dan pegawai kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). – BERNAMA

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan