29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lesen jurulatih bola tampar tempeleng pelatih dibatalkan

Itu keputusan senada diambil KBS dan KPM selepas MAVA membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplinnya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LESEN jurulatih bola tampar yang menempeleng dua pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini, dibatalkan.

Jurulatih sukan tersebut yang merupakan seorang guru juga tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk menjadi jurulatih untuk murid sekolah.

Itu keputusan senada yang diambil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplinnya.

Sebagai respon kepada pembatalan kelayakan kejurulatihan itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Pendidika, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa kedua-dua kementerian itu tidak akan sesekali berkompromi.

Hannah berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) dan MAVA, kedua-duanya telah memuktamadkan siasatan mereka, yang mana secara sebulat suara memutuskan bahawa jurulatih bola tampar itu sepatutnya hilang kelayakannya daripada menjadi seorang jurulatih.

“Insiden itu telah membuka mata bahawa terdapat keperluan untuk mewajibkan semua jurulatih kepada murid sekolah, untuk menjadi
sebahagian daripada SLKK dan SPKK,” katanya dalam satu sidang media bersama hari ini.

Jurulatih itu telah ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA, bahkan belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), seperti yang dipersetujui bersama antara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan.

Justeru kata Hannah, KPM akan bekerjasama rapat dengan Institut Sukan Negara bagi melengkapkan jurulatih kepada pelajar sekolah dengan pensijilan yang diperlukan.

“Ini adalah penting untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat, saling hormat-menghormati serta bebas daripada sebarang bentuk gangguan dan penderaan,” katanya.

Beliau berkata, KBS sendiri telah mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara memastikan perlaksanaan peraturan yang mewajibkan setiap jurulatih memperbaharui lesen kejurulatihan yang diperolehi oleh mereka.

Advertisements

“Ia sebagai pengiktirafan SPKK setiap dua tahun sekali, diperketatkan lagi bagi memastikan jurulatih-jurulatih sukan negara sentiasa dipantau perkembangan dan keaktifan karier kejurulatihan mereka itu.

“Penguatkuasaan peraturan tersebut juga membolehkan pihak AKK dan pemegang taruh yang lain mengemas kini data selain turut dapat membantu jurulatih-jurulatih meningkatkan lagi kemahiran mereka melalui upskilling dan reskilling dengan pendekatan kejurulatihan dan teknologi terkini,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, siasatan oleh KPM berkaitan insiden tersebut telah pun selesai dijalankan.

“Siasatan telah dibuat secara menyeluruh melibatkan semua pihak yang berkaitan, termasuk jurulatih, murid, rakan sepasukan, guru, pengurus pasukan, saksi kejadian serta ibu bapa pemain yang terlibat,” kata beliau.

Menurutnya, KPM juga telah meneliti secara terperinci hasil laporan siasatan tersebut daripada pelbagai sudut, khususnya yang melibatkan etika serta imej profesion perguruan.

“Guru yang juga merupakan penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan 4(2)(d), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“KPM amat prihatin serta cakna akan aspek keselamatan dan kebajikan murid semasa di sekolah mahu pun ketika mengikuti aktiviti kokurikulum di luar.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan.

“Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu mengambil berat dan memberi perhatian untuk mengelak atau mengawal daripada berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

“Selaras Peraturan 4(2)(d), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Jabatan Pendidikan Negeri boleh mengambil
tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan tindakan tidak wajar, melanggar peraturan atau melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian oleh masyarakat melalui aspek keselamatan yang diterapkan oleh warga guru terhadap murid, ” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan