28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Zahid nyatakan ‘ready to fight’ kepada KJ

Jika ada mana-mana pihak yang cuba menutup ruang demokrasi dalam UMNO bermakna ia bertentangan dengan kehendak Presiden sendiri.

Mesti Baca

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia untuk berlawan dengan sesiapa sahaja bagi merebut jawatan itu dalam Pemilihan Agung UMNO tidak lama lagi.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri itu kepada Khairy Jamaluddin (KJ) ketika kedua-duanya bertembung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu Khairy berkata, beliau salut dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Zahid dengan bersedia menghadapi siapa sahaja bagi mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

“Maksudnya Presiden sendiri berani, saya salut dengan Datuk Seri Zahid yang sebut ready to fight maknanya beliau sedia berdepan dengan sebarang cabaran dalam pemilihn UMNO,” katanya menerusi rakaman video di TikTok hari ini.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu berharap tidak ada sebarang usul dibawa agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 kali ini.

Katanya, jika ada mana-mana pihak yang cuba menutup ruang demokrasi dalam UMNO melalui usul tersebut bermakna ia adalah bertentangan dengan kehendak Presiden sendiri.

“Itulah keberaniannya. Buka ruang demokrasi dalam UMNO, buka semua jawatan untuk dipertandingkan,” kata beliau.

Advertisements
Zahid Hamidi bersalaman dengan Khiary Jamaluddin di WTC Kuala Lumpur.

Khairy sebelum ini kelihatan kecewa apabila 140 bahagian UMNO menyatakan pendirian agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu kali ini.

Beliau yang sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu lagi sudah melaungkan amaran untuk merebut jawatan Presiden UMNO menganggap cadangan dibuat ketua-ketua bahagian itu sebagai satu “kegilaan”.

Ini kerana, menurut beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan para pejuang yang tidak akan gentar menghadapi sesiapa sahaja yang mahu mencabar mereka.

“Hentikan kegilaan ini. Saya rasa Presiden seorang fighter (pejuang) yang tidak gentar menghadapi pencabar.

“Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam UMNO,” katanya menerusi Instagramnya.

Khairy pernah mencalonkan diri merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 2018 tetapi tewas kepada Zahid.

Khairy memperoleh 52 undi bahagian berbanding 97 dimenangi Zahid sementara seorang lagi calon, Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 26 undi. – Edisi 9i97

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan