26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Cepat sungguh pemimpin UMNO tukar skrip

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MUDAH dan cepat sungguh pemimpin UMNO tukar skrip,”sinis Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dilaporkan UMNO bekerjasama dengan DAP pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana parti itu tidak bermuka-muka dan berpura-pura dalam setia kawan.

Ahmad Fayhsal berkata, baru kahwin kentut pun dikata wangi.

“Tak apalah orang sedang hangat bercinta kita biarkan tapi rajin pula jadi jurucakap DAP.

“Masa kempen di Padang Serai, Presiden dia sertukan DAP tapi DAP sampai hari ini tidak pernah sama sekali bercakap bagi pihak UMNO apatah lagi menggugurkan dasar dan ideologi DAP yang dilawan UMNO sejak 60 tahun dahulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Katanya, kalau perhatikan pemimpin UMNO tidak lagi bercakap soal bangsa.

“Hanya bercakap soal parti dan kepentingan kelompok yang kecil – yang didokong oleh “warlord” mereka sendiri.

“Tiada lagi soal Ketuanan Melayu, soal ’Asabiyyah Melayu, perpaduan Melayu – yang mana kita tahu semua ini adalah PRA-SYARAT kepada Perpaduan Nasional.

“Kalau Melayu berpecah yang untung siapa?Kalau Melayu bergaduh yang rugi siapa?

“Teruskan mengeji dan berprasangka buruk kepada BERSATU, PAS.

“Mudah dan cepat sungguh pemimpin UMNO tukar skrip. Rupanya Muafakat Nasional adalah wayang sinetron untuk umpan orang Melayu pertahankan pemimpin UMNO yang terpalit rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Terdahulu, Mohamad dilaporkan berkata, jika parti itu bersama dengan Perikatan Nasional (PN), UMNO hanya menjadi pemain ketiga yang berkongsi kepentingan penduduk yang sama.

“Kita memang kenal pendirian mereka (DAP). Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setia kawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura,” kata Mohamad.-Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan