Wednesday, July 22, 2026

Dua projek pembinaan sekolah di Putrajaya diluluskan – Radzi

Pembinaan sekolah baharu ini amat penting untuk memenuhi keperluan anak-anak penduduk Putrajaya yang kian bertambah pada masa ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU kepadatan sekolah di Putrajaya bakal diselesaikan apabila dua projek pembinaan sekolah tersebut akan dijalankan setelah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, projek berkenaan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pada tahun 2022.

Menurutnya, apabila beliau bertemu dengan sahabat-sahabat yang tinggal di Presint 17 dan Presint 5, ada yang menyuarakan tentang isu kepadatan Sekolah di Putrajaya terutama di Presint 17 dan 5.

“Mereka bertanya adakah terdapat perancangan untuk membina sekolah baharu di kawasan ini.

“Untuk maklumat semua, kedua-dua projek pembinaan sekolah tersebut telahpun diluluskan ketika saya berada di KPM,” katanya hari ini.

Bekas menteri KPM itu berkata, pada bulan November tahun lalu, beliau telah pun membuat tinjauan di tapak projek pembinaan sekolah-sekolah ini.

Katanya, bagi SKPP 17(2), skop projek adalah pembinaan sekolah baharu dengan 36 bilik darjah dan lain-lain kemudahan.

“Skop projek bagi Kompleks Sekolah Presint 5(2) juga melibatkan pembinaan baharu sebuah kompleks sekolah yang meliputi 36 bilik darjah untuk sekolah rendah dan 42 bilik darjah untuk sekolah menengah serta lain-lain kemudahan,”katanya.

Ujar beliau, pembinaan sekolah baharu ini amat penting untuk memenuhi keperluan anak-anak penduduk Putrajaya yang kian bertambah pada masa ini.

“Saya yakin bahawa KPM akan meneruskan projek pembinaan sekolah berkenaan dan disiapkan dengan segera demi pendidikan anak-anak Putrajaya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan