33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Festival Makanan Pantai Timur di Putrajaya 29 September ini

Mesti Baca

KIRA-KIRA 100 gerai bakal menanti kehadiran pengunjung di Festival Makanan Pantai Timur yang bakal berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Anjung Floria Presint 4, Putrajaya.

Dengan kemasukan secara percuma, orang ramai dijemput hadir membawa keluarga menyaksikan pelbagai pilihan makanan dan gerai jualan.

Festival anjuran Mek Noor Nasi Dagang itu turut membariskan artis seperti Issey Fazlisham, Ani Mayuni, Ayu Damit, Syafiq Farhain, Aril Pilus, Haziq Rosebi dan Serina Redzuan.

Turut serta ialah Avaa Vanja, Balkish Semundur, Isma AF, Pupsa Gomen, Nazeera Sardi, Roslan Madun, Khairul Anuar dan pempengaruh media sosial Mami Dedi.

Tidak ketinggalan Ustaz Akhil Hay dan penyampai radio Gegar, Shah bakal memeriahkan festival itu nanti.

Selain gerai jualan makanan, aktiviti lain juga bakal diadakan seperti ceramah agama, demonstrasi masakan, jualan kraftangan, permainan tradisional, galeri dan pavilion setiap negeri pantai timur.

Wakil Mek Noor Nasi Dagang berkata, selain mempromosikan warisan dan tradisi pantai timur, festival itu juga membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk berniaga pada kadar harga yang berpatutan.

Advertisements

“Lokasi yang dipilih juga strategik dan sesuai untuk semua peringkat umur untuk hadir serta beriadah dengan keluarga.

“Usahawan digalakkan merebut peluang ini kerana kita jangkakan bakal mendapat sambutan hangat dalam festival yang akan berlangsung selama tiga hari itu.

“Kami juga mahu memperkenalkan seni budaya tiga negeri Pantai Timur kepada orang ramai termasuk generasi muda dan pelancong,” katanya.

Harga booth juga sangat berpatutan iaitu RM1,500 untuk tiga hari.

Cabutan bertuah bernilai RM25,000 termasuk barangan elektrik, motosikal dan wang tunai bakal menanti pengunjung.

Mereka yang berminat boleh ikuti Festival Makanan Pantai Timur di laman sosial iaitu @pantaitimurfoodfestival (Instagram) dan Pantai Timur Food Festival (Facebook Page). -Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan