32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kerana ‘keupayaan mental’ Hakim berusia 96 tahun di AS digantung tugas

Mesti Baca

SEORANG Hakim Persekutuan berusia 96 tahun yang juga tertua di Amerika Syarikat (AS), digantung tugas semalam atas keraguan mengenai kecekapan mentalnya.

Kes itu turut menambahkan perdebatan mengenai usia hakim dan ahli politik warga emas seperti Joe Biden serta Donald Trump, terutama dari segi keupayaan mental untuk berfikir secara waras selain kebolehan melaksanakan tugas.

Pauline Newman, seorang hakim Mahkamah Rayuan sejak 1984, disifatkan oleh rakan sekerjanya seorang yang menjalankan tugas terlalu perlahan dan kerap kelihatan keliru, gelisah dan suka bertelagah.

Semua tingkah laku itu menimbulkan kebimbangan ‘kecacatan upaya’, menurut keputusan Majlis Kehakiman Mahkamah Rayuan AS untuk Peringkat Persekutuan.

Ini kerana berdasarkan temu bual dengan kakitangan, ia ‘memberikan bukti kukuh’ Newman mungkin mengalami masalah mental ketara termasuk kehilangan ingatan, kekurangan pemahaman, kekeliruan dan ketidakupayaan untuk melaksanakan tugas asas.

Katanya, walaupun dikurangkan beban kerja, Newman mengambil masa empat kali lebih lama berbanding hakim lain untuk mengeluarkan penghakiman dalam kes di mahkamah.

Majlis itu berkata, kerana Newman enggan menjalani pemeriksaan pakar neurologi dan psikiatri yang dipilih oleh majlis itu untuk menilai ketajaman mentalnya, maka majlis menggantungnya selama setahun, yang boleh dilanjutkan jika beliau masih enggan memberi kerjasama.

Advertisements

Bagaimanapun Newman, tidak lagi dibenarkan menyemak semula kes sejak April, berkata prosiding terhadapnya dijalankan secara tidak sah dan mendakwa ia didorong permusuhan peribadi daripada hakim lain.

Beliau menyokong hujahnya dengan keputusan pemeriksaan daripada pakar yang dipilihnya sendiri.

“Hakim Newman tidak menunjukkan ketidakupayaan emosi, perubatan atau psikiatri besar yang akan mengganggu penerusan tugas lamanya sebagai hakim,” kata pakar psikiatri Regina Carney.

Kes itu berlaku di tengah-tengah persoalan mengenai keupayaan semakin ramai ahli politik warga emas, antaranya Presiden Joe Biden, 80, dan saingannya bagi Pemilihan Presiden AS 2024, Donald Trump, 77, untuk melaksanakan tugas mereka.

Peguam Newman, Gregory Dolin dari New Civil Liberties Alliance, berkata semakan kesnya menunjukkan terdapat tentangan luar biasa, di mana hakim berkenaan tidak mendapat proses pengadilan yang sewajarnya.

“Permusuhan peribadi dan usia menjadi faktor utama dalam kes ini, adalah mudah mengatakan pada usia 96 tahun, beliau sudah melepasi had usia, walaupun ia tidak benar.

“Apa saja yang mungkin anda boleh katakan mengenai beberapa ahli politik warga emas di Washington, Hakim Newman tidak berada dalam kumpulan itu,” katanya. -Agensi

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan