25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

87 sampel sayur, buah diambil dalam Op Survelan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 87 sampel sayur dan buah telah diambil menerusi Operasi Bersepadu Program Survelan dan Regulatori Keselamatan Hasil Pertanian di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL), semalam.

Operasi berkenaan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.

Turut serta agensi sahabat daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur.

DBKL menerusi kenyataan berkata, objektif operasi ini dijalankan adalah untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di PBKL selamat untuk dimakan serta bebas dari pencemaran residu racun perosak.

“Dalam masa sama memastikan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan mematuhi dan mendapat kelulusan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh penyimpan Timbang dan Sukat.

“Di samping itu, turut memberi peringatan dan kesedaran kepada pemborong dalam mematuhi 3P (Pelabelan, Pengredan, Pembungkusan).

“Melalui operasi ini, sebanyak 87 sampel sayur dan buah telah diambil dan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

“Selain itu lapan kompaun Larangan merokok dikeluarkan di bawah Seksyen 47, UUK PASAR BORONG (WPKL) 2002, satu kes kompaun dibawah UUK 3 oleh Jabatan Penguatkuasaan dan 6 kompaun telah dikeluarkan oleh oleh KPDN KL di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972,” katanya.

DBKL berkata, operasi seperti ini akan diteruskan lagi dari semasa untuk memastikan tahap keselamatan hasil pertanian yang dijual kepada pembeli dalam keadaan yang terbaik.

“Dalam masa sama bagi memastikan Peraturan GPL dipatuhi oleh pemborong dan peruncit keluaran pertanian khususnya di Pasar Borong Kuala Lumpur,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan