24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Penjawat awam perlu maknai prinsip akauntabiliti demokrasi

Anwar ingatkan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua negeri dan layanan kepada setiap negeri adalah setara dan saksama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penjawat awam agar dimaknai prinsip akauntabiliti demokrasi dalam mendirikan kebijakan yang baik untuk rakyat.

Beliau berkata, sebagai pembuat dan pelaksana dasar, mereka tidak harus bersikap complacent dan mesti sedaya upaya untuk membuat perubahan.

Anwar turut mengingatkan semua pegawai kanan dan ketua jabatan kerajaan Persekutuan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua negeri, dan layanan kepada setiap negeri adalah setara dan saksama.

“Saya turut memberitahu perkara tersebut kepada Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam sesi menghadap pagi tadi.

“Insya-Allah, saya akan ketemu Kerajaan Negeri Terengganu setelah suhu politik itu dileraikan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu di Dewan Senat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pada pertemuan itu, Anwar turut berkongsi maklumat mengenai kepincangan yang berlaku.

“Setelah menyemak fail-fail di Kementerian Kewangan setakat ini, saya jumpa banyak kecurangan yang saya anggap keterlaluan.

Advertisements

“Namun, urusan untuk menyiasat bukan urusan saya. Urusan saya adalah menetapkan dasar dan menegakkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau mahukan agar segala keterlanjuran dalam tadbir urus seperti itu tidak lagi berterusan.

Pun begitu, kata Anwar, dalam hal-hal tertentu misalnya projek tebatan banjir dianggap projek yang mendesak dan ia akan diluluskan tanpa tender.

Ini bagi memudah dan menyegerakan projek tersebut kerana ia melibatkan keselamatan dan kepentingan rakyat.

“Saya mulakan budaya kesederhanaan dari atas kerana saya fikir tidak adil untuk saya sergah pejabat daerah atau negeri tetapi di peringkat Persekutuan budaya itu kekal bobrok,” kata beliau.

Anwar berkata, beliau datang ke Terengganu bukan untuk mencerca sesiapa, tetapi untuk berpakat demi kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau amat berharap agar semua pihak menghormati pilihan yang telah dibuat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu dan menghentikan sentimen politik yang keterlaluan dan merosakkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan