24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan saman keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006.

Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu.

Peguam Harshaan Zamani yang mewakili keluarga model itu ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan pihaknya telah menerima salinan notis rayuan berkenaan.

Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 April ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norshakinah Ahmad Kamarudin,” kata peguam itu.

Ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal selaku plaintif memfailkan saman RM100 juta pada 4 Jun 2007 dengan menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar serta Abdul Razak dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Baca juga:   Doktrin palsu agama Islam: Ibu Yati, 2 individu didakwa

Pada 16 Disember tahun lepas, Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan saman itu dan memerintahkan defendan bersama-sama membayar ganti rugi am, teruk dan teladan RM5 juta kepada keluarga berkenaan.

Hakim turut memerintahkan keempat-empat defendan masing-masing membayar kos RM25,000.

Dalam penyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa, kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi yang melayakkan mereka menerima ganti rugi teladan dan teruk. – BERNAMA

Baca juga:   Johari Abdul dipilih sebagai Speaker baharu Dewan Rakyat

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan