26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

28 masjid berusia lebih 100 tahun di Melaka tersasar kiblat

Bukan bererti orang dahulu salah, tapi pada ketika itu mungkin tiada badan yang mengawal, tiada teknologi canggih seperti kompas dan sebagainya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 28 masjid berusia lebih 100 tahun di Melaka dikesan mengguna pakai arah kiblat yang didapati tidak tepat serta tersasar.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil mendedahkan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengesahkan perkara itu melalui pemeriksaan dilakukan secara berperingkat melibatkan kerjasama Jabatan Mufti Melaka dan Jabatan Ukur dan Pemetaan, sejak empat tahun lalu.

Menurut beliau, kesalahan didapati berpunca akibat penggunaan kaedah pengiraan tradisional berdasarkan cerapan matahari dan bayang-bayang semasa masjid terlibat dibina.

“Bukan bererti orang dahulu salah, tapi pada ketika itu mungkin tiada badan yang mengawal, tiada teknologi canggih seperti kompas dan sebagainya.

“Kita telah berkolaborasi dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan untuk melakukan semakan arah kiblat melibatkan masjid warisan berusia lebih 100 tahun dan mendapati 28 daripada 55 buah masjid mengguna pakai arah yang tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Arah Kiblat dan Penarafan Bintang di Semabok di Melaka, hari ini.

Ujar Abdul Halim lagi, terdapat arah kiblat yang tersasar melebihi tiga hingga 18 darjah daripada arah kiblat sebenar.

Menurutnya, pihaknya percaya hal itu berlaku disebabkan kaedah penentuan yang digunakan pada zaman itu iaitu berdasarkan cerapan matahari atau penentuan bayang-bayang.

Bagaimanapun Abdul Halim berkata, masyarakat Islam di negeri ini tidak perlu berasa risau dengan isu berkenaan kerana arah kiblat kesemua masjid terlibat telah selesai dibetulkan.

Selain itu menurutnya, pihaknya turut menerima permohonan lebih 150 premis dan 80 buah rumah untuk pemeriksaan semula arah kiblat.

“Antara 28 masjid warisan terbabit yang sudah dibetulkan arah kiblatnya adalah Masjid Al Abrar, Masjid Kampung Hulu, Masjid Kampung Keling, Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah dan Masjid Serkam,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan