32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kapal kargo MV Dai Cat 06 masih belum ditemui

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENCARIAN kapal kargo MV Dai CAT 06 yang dilaporkan hilang pada 9 Januari lalu masih diteruskan oleh Badan SAR Nasional (Basarnas) di perairan Natuna, Indonesia.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal terbabit yang membawa muatan besi paip dilaporkan telah keluar dari Kampung Acheh, Perak pada 23 Disember 2022 lalu.

“Kapal kargo berkenaan menuju ke Kuching, Sarawak dan sepatutnya tiba pada 31 Disember 2022.

“Op Carilamat pada hari ini diteruskan dengan penglibatan sebuah bot daripada Kantor SAR Pontianak dan sebuah kapal daripada Kantor SAR Natuna, Indonesia,” katanya.

Advertisements

Menurut beliau, pencarian pada hari ini tertumpu di kawasan terakhir isyarat kecemasan Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB) yang dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) menggunakan Sistem COSPAS-SARSAT.

Pencarian tertumpu di kawasan terakhir isyarat kecemasan Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB).

Katanya, APMM juga telah mengatur gerak aset di Maritim Negeri Sarawak bagi membantu pencarian di sempadan Malaysia – Indonesia di perairan Tanjung Datu sehingga ke perairan Kuching, Sarawak.

“Selain itu, APMM juga masih menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah melibatkan kehilangan kapal ini,”katanya.

Beliau berkata, senarai kru kapal MV DAI CAT 06 adalah Mohammad Syafarizan Mohd Noor (Warga Malaysia, 24 tahun); Mohammad Suhaideh Sudin (Warga Malaysia, 22 tahun); Derrent Littor (Warga Malaysia, 22 tahun); Damai Papane Ole (Warga Indonesia, 57 tahun) dan Adi (Warga Indonesia, 46 tahun). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan