26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

PDRM wujudkan pangkalan data ‘scammer’ banteras penipuan

Pengguna hanya perlu memuat naik aplikasi Whoscall pada telefon mudah alih masing-masing untuk mengenal pasti panggilan 'scammer'.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan pangkalan data khas bagi menyimpan dan mengenal pasti para penipu dalam talian di negara ini.

Melalui kerjasama dengan Whoscall, aplikasi yang mengenal pasti panggilan telefon di rantau ini yang dibangu Gogolook, pangkalan data itu juga membolehkan orang ramai dapat mengesan setiap panggilan penipu (scammer).

Ketua Pegawai Operasi Gogolook, Manwoo Joo berkata, kerjasama itu melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan dalam talian daripada portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM ke sistem data Whoscall.

Beliau berkata, ia menjadikannya aplikasi ID pemanggil yang terkini dan dipercayai untuk rakyat Malaysia bagi melindungi diri mereka daripada jenayah penipuan dalam talian.

“Kami komited untuk menyokong JSJK PDRM dalam melindungi rakyat Malaysia daripada penipu dalam talian dan scammer, melalui teknologi AI dan pangkalan data proprietary kami yang mempunyai 1.6 bilion entri nombor telefon termasuk nombor yang digunakan oleh scammer.

Manwoo Joo (depan tiga dari kanan) bersama Mohd Kamarudin Md Din (depan tiga kiri) pada Majlis Pelancaran Lagu Tema Baharu PDRM ‘Be Smart Stay Alert’.

“Selain itu, dengan perkongsian pangkalan data antara portal JSJK PDRM dan sistem data nombor Whoscall, kami yakin pengguna di Malaysia akan mendapatkan akses terhadap pangkalan data nombor penipuan dalam talian paling terkini,” katanya hari ini.

Baca juga:   Sindiket penipuan pelaburan Bitcoin tumpas

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Lagu Tema Baharu PDRM Be Smart Stay Alert oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din.

Baca juga:   Pengasas produk cium kanak-kanak diburu polis

Kerjasama dengan PDRM itu merupakan yang kelima bagi Gogolook dengan jabatan polis global dalam mengukuhkan pakatan antipenipuan terhadap scammer.

Joo berkata, pengguna hanya perlu memuat naik aplikasi Whoscall pada telefon mudah alih masing-masing.

Sementara itu, Kamarudin berkata, kes jenayah komersial bagi Malaysia mencatatkan penurunan pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, sebanyak 30,536 kes dilaporkan antara Januari dan Disember tahun lalu berbanding 2021 dengan 31,490 kes.

Katanya, jumlah kerugian yang dialami oleh rakyat Malaysia pada tahun 2021 adalah lebih RM2.2 bilion namun pada tahun lalu telah berkurangan kepada RM1.7 bilion. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Sepasang bot kenka ditahan, tangkap ikan kawasan larangan

ZON Maritim Kuala Kurau telah menahan dua bot nelayan tempatan jenis pukat kenka di kedudukan 12.1 batu nautika barat...

Lagi Artikel Berkaitan