29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Presiden FAM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin di Bangunan Perdana Putra Putrajaya di sini, sebentar tadi.

Dalam pertemuan berkenaan, Hamidin berkongsi agenda terkini hala tuju industri bola sepak tempatan terutama persiapan skuad Harimau Malaya yang akan berdepan Thailand pada aksi separuh akhir satu Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Hamidin juga memaklumkan persiapan skuad kebangsaan untuk menghadapi Piala Asia pada Januari 2024, yang mana Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon layak secara merit pada Jun tahun lalu selepas tempoh 43 tahun.

“Saya juga menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar atas kesudian Perdana Menteri meluangkan masa membincangkan beberapa agenda penting bola sepak negara terutama perlawanan utama membabitkan skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

“Pertemuan ini amat bermakna bagi kami dalam merencana hala tuju masa depan bola sepak negara terutama menjelang perlawanan penting Harimau Malaya, esok.

Advertisements

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar, kerana memberi saya ruang berkongsi visi dan misi FAM, F:30 serta perkembangan pembinaan ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan di Putrajaya,” kata Hamidin dalam satu hantaran Facebook rasmi FAM, hari ini.

Hamidin juga berbesar hati dengan YAB Datuk Seri Anwar yang pernah menyandang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1983, menyuarakan sokongan padu beliau buat bola sepak negara.

Hamidin diiringi Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai dan pembangunan pengadil.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan