24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

7,202 kes TTPR, 32,121 kes TPS telah diselesaikan

Pencapaian penyelesaian kes bagi TPPR dan TPS melebihi 95 peratus dari kes-kes yang didaftarkan sejak 2018.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TRIBUNAL Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) telah menyelesaikan 7,202 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan 32,121 kes Tribunal Pengurusan Strata bagi tahun 2018 hingga 2022.

Bagi tempoh tahun 2018 hingga 2022, sebanyak 7,909 jumlah bilangan kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TPPR) telah didaftarkan.

Manakala Tribunal Pengurusan Strata (TPS) pula mencatatkan pendaftaran kes sebanyak 31,364 dengan 32,121 kes telah diselesaikan termasuk kes-kes tertunggak dari tahun-tahun sebelumnya.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, pencapaian penyelesaian kes bagi TPPR dan TPS melebihi 95 peratus dari kes-kes yang didaftarkan sejak 2018 walaupun dalam tempoh pandemik.

Beliau berkata, melihat pencapaian ini sebagai usaha yang perlu diteruskan dalam meningkatkan kecekapan penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat.

“KPKT juga terus komited dalam memperkasa Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) di
setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan
cekap dalam usaha membantu menyelesaikan masalah dihadapi komuniti berstrata,”katanya dalam Majlis Penyampaian Watikah kepada lima Presiden baharu Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib, YBhg.
dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti), Datuk Azhar Ahmad.

Selepas penyampaian watikah tersebut, Kor Ming berharap semua Presiden dapat menjalankan tugas dengan penuh komited, telus, berintegriti dan penuh bertanggungjawab.

Advertisements

“Presiden perlu bertindak adil kepada kedua-dua pihak dalam mengendalikan prosiding,” katanya.

“Lantikan baharu presiden TPPS ini menjadikan jumlah Presiden TPPS adalah seramai 39
orang terdiri daripada 14 orang Presiden TTPR dan 25 orang Presiden TPS.

“Justeru, pelantikan Presiden baharu ini diharap akan menjadikan proses pendengaran kes di TPPS berjalan dengan lebih efisien dan menepati tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pelaksanaan tugas sebagai Presiden, beliau berkata, pemakaian KPI dilihat amat releven sebagai kayu pengukur standard dalam mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata.

“Ini selaras dengan objektif TPPS yang ditetapkan iaitu menyelesaikan tuntutan tribunal tuntutan pembeli rumah dalam masa 110 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes dan menyelesaikan tuntutan tribunal pengurusan strata dalam masa 150 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes,”katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, KPKT akan terus memberikan komitmen penuh dalam menyokong akses kepada keadilan
dalam konteks penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

“Ini selaras dengan peranan Institusi Tribunal yang merupakan forum alternatif yang memberikan akses kepada keadilan untuk rakyat secara mudah, murah dan cepat selaras dengan hasrat Kementerian untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik dan penyediaan perumahan yang berkualiti kepada rakyat,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan