25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tidak tepat dan berniat jahat- Dr. Zaliha

Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian serta tidak pernah menyebut sesiapa yang tidak mengambil dos penggalak akan dikenakan tindakan undang-undang.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menafikan kesahihan tajuk dan kenyataan berhubung arahan pengambilan dos penggalak yang dikongsi beberapa laman Facebook yang tular sejak semalam.

Laman Facebook itu turut menyatakan ‘rakyat Malaysia diwajibkan mengambil dos penggalak ekoran tiga juta pelancong China akan masuk ke dalam negara tidak lama lagi’.

Ia juga memaparkan jika sesiapa tidak mengambil vaksin tersebut (dos penggalak) tindakan undang-undang akan dikenakan.

Tegas Dr. Zaliha, tajuk laporan berita dan kenyataan oleh FB Info Politik Terkini tidak tepat dan berniat jahat.

Advertisements

“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian serta tidak pernah menyebut sesiapa yang tidak mengambil dos penggalak akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang sebaran berita yang tidak benar.

“Tidak pasti, jangan kongsi!,”tegas beliau.

Sejak semalam, beberapa laman Facebook berkongsi tajuk dan kenyataan yang turut memaparkan wajah Dr. Zaliha berhubung arahan pengambilan dos penggalak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan