34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PDRM guna dron pantau aliran trafik

Pasukan itu ditempatkan di sektor lebuh raya utara, timur dan selatan bagi membantu polis memantau keadaan lalu lintas di lokasi-lokasi titik panas yang dikenal pasti.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk memantau pergerakan lalu lintas dalam Op Selamat 19, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, pasukan itu ditempatkan di sektor lebuh raya utara, timur dan selatan bagi membantu polis memantau keadaan lalu lintas di lokasi-lokasi titik panas yang dikenal pasti.

“Penempatan pasukan dron akan memudahkan segala input disalurkan dengan pantas kepada petugas JSPT di lapangan agar segala tindakan diambil dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pergerakan trafik mula sesak apabila orang ramai mula pulang ke Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Djangkakan sebanyak 170,000 kenderaan akan berada di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, 60,000 di Lebuhraya Pantai Timur 1, manakala dua juta kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan.

“Justeru, Unit Dron PDRM diatur gerak bersama pasukan JSPT sepanjang Op Selamat 19 untuk memantau aliran trafik di lebuh raya berkenaan,”

“PDRM menyarankan pengguna jalan raya yang penat dan perlu berehat, berhenti di kawasan rehat dan rawat hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya,” katanya.

Katanya, kerjasama semua pengguna jalan raya dalam mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas akan memastikan tiada tragedi berlaku di musim perayaan ini. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan