30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Rakyat diseru eratkan perpaduan, pertahankan kemakmuran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kaum Tionghua di negara ini.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyeru agar rakyat di negara ini membentuk persefahaman dan kesepaduan demi Malaysia tercinta.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat Cina yang meraikan.

“Penting bagi kita membentuk persefahaman dan kesepaduan demi Malaysia yang tercinta.”Keharmonian kaum serta keamanan yang kita kecapi harus dipertahankan untuk fadilat dan kemakmuran negara yang kita cintai ini,” jelasnya dalam ucapan di laman sosial Facebooknya hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, sempena Tahun Arnab membawa simbol keamanan dan keharmonian, rakyat juga diingatkan agar tidak lupa ancaman COVID-19.

“Sempena Tahun Arnab yang membawa simbol kepada keamanan dan keharmonian, saya menyeru untuk kita mengeratkan perpaduan dan jangan lupa terhadap ancaman COVID-19.

Baca juga:   Nurbalqis penterjemah Melayu-Turki pertama dapat pengiktirafan

“Jaga kesihatan di musim perayaan demi keluarga dan negara yang tercinta ini. Selamat Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan...

Lagi Artikel Berkaitan