Thursday, June 4, 2026

DBKL komited pasti persekitaran perumahan bersih

JPKKB telah menjalankan projek rintis di Program Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Wangsa Maju dengan melaksanakan kerja-kerja baikpulih dan naiktaraf.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) sentiasa komited dalam memastikan persekitaran kehidupan penghuni di kawasan perumahan awam sentiasa dalam keadaan bersih, indah dan selamat.

DBKL berkata, pendekatan ini mengambilkira aspek pemulihan dan pemuliharaan kawasan persekitaran supaya berada dalam keadaan baik, kemas dan teratur.

“Bagi merealisasikan hasrat ini, JPKKB telah menjalankan projek rintis di Program Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Wangsa Maju dengan melaksanakan kerja-kerja baikpulih dan naiktaraf.

Pembaikan taman permainan kanak-kanak turut dilakukan.

“Ia melibatkan penurapan jalan, penyusunan semula petak tempat letak kereta, pembaikan taman permainan kanak-kanak, cantasan pokok, pembaikan lampu jalan dan tempat letak motosikal dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, DBKL amat berharap kerjasama para penghuni dan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) komuniti setempat perumahan awam tersebut bersama-sama mematuhi peraturan serta menjaga kemudahan yang yang telah baikpulih.

DBKL berkata, lrogram ini juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan perumahan awam yang lain secara berperingkat bagi mengwujudkan persekitaran yang sejahtera. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan