25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia.

Dalam hantaran Facebook Istana Negara hari ini, baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari istimewa itu membawa keceriaan, kemakmuran, kesejahteraan dan keafiatan yang berpanjangan kepada mereka yang meraikannya.

Advertisements

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan perayaan kaum Cina sebegini akan terus mengukuhkan dan mengeratkan lagi perpaduan, semangat muhibah dan toleransi sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan