31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 25, 2024

Tempoh jangka hayat vaksin Convidecia lanjut hingga 18 bulan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA) meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Solution Biologics Sdn. Bhd. berhubung kemas kini tempoh jangka hayat vaksin COVID-19 iaitu Convidecia (Trade Mark) Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A Halim berkata, tempoh jangka hayat baharu yang diluluskan adalah daripada 15 bulan kepada 18 bulan apabila disimpan pada suhu 2 sehingga 8 darjah Celsius.

Beliau berkata, pelanjutan tempoh jangka hayat tersebut melibatkan vaksin Convidecia (MAL21066050AZ) yang dikilangkan di CanSino Biologics Inc, China dan Convidecia (MAL22126013ASZ) di Solution Biologics Sdn. Bhd., Malaysia.

Advertisements

“Kelulusan pelanjutan jangka hayat itu adalah secara retrospektif, bermaksud kelulusan ini juga terpakai kepada semua stok termasuk semua stok yang telah diterima sebelum variasi pelanjutan tempoh jangka hayat ini diluluskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan produk berkenaan sudah luput, tetapi semakan tarikh luput yang terkini (selepas pelanjutan jangka hayat) boleh disemak melalui laman sesawang NPRA.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited untuk memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin COVID-19 yang dibekalkan di Malaysia telah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bot nelayan cuba seludup 42 warga Indonesia ‘kosong’ ditahan

SEBUAH bot nelayan asing cuba menyeludup keluar 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan