27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UMNO parti milik semua, bukan pemimpin atasan sahaja – KJ

Kita mesti hormat mana-mana anggota UMNO yang mahukan penjelasan memandangkan usul (UMNO bahagian) Rembau sangat kontroversi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO adalah parti milik semua ahlinya dan bukan hanya milik pemimpin atasan sahaja, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu membalas kritikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi yang menyindir tindakan dua ahlinya yang membuat laporan baru-baru ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkaitan usul tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Adakah UMNO hanya milik kepimpinan tertinggi? UMNO milik semua anggotanya. Mana-mana anggota boleh minta penjelasan daripada RoS.

“Kita mesti hormat mana-mana anggota UMNO yang mahukan penjelasan memandangkan usul (UMNO bahagian) Rembau sangat kontroversi dan ramai pakar undang-undang mempersoalkan kesahannya,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Rembau juga mengulangi sokongannya terhadap mana-mana ahli UMNO yang mahu mendapatkan penjelasan berkenaan kesahan usul itu.

Hari ini, Puad membidas langkah membuat aduan kepada RoS semalam, sebaliknya mendesak supaya pemimpin atasan mereka yang tidak berpuas hati dengan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan itu tampil membuat laporan sendiri.

“Berani atau dipergunakan? Sepatutnya orang ataslah yang buat aduan. itu baru berani namanya

“Jangan guna orang bawah apatah lagi kalau bekas pegawai sendiri. Itu waras ke?” kata Puad dalam satu hantaran Facebook.

Terdahulu, dua ahli UMNO berkenaan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom (ahli UMNO Negeri Sembilan) dan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir (Terengganu) dilaporkan menghantar notis bantahan kepada RoS.

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan