24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Agong, Raja Permaisuri santuni rakyat Langkawi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menyantuni rakyat dan mengunjungi beberapa tempat di Langkawi, Kedah.

Menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara, turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda Seri Paduka berdua.

“Antara tempat yang dikunjungi baginda berdua ialah Jeti Kubang Badak, Kampung Belanga Pecah dan Kampung Jalan Baru Teluk Baru.

“Baginda turut berkenan mengunjungi gerai Peneram Kak Yan di Kampung Kuala Melaka,” menurut catatan itu.

Selain menikmati santapan petang, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan beramah mesra dengan pengunjung gerai dan orang ramai. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Anak muda perlu punya tekad untuk jadi pemimpin hebat

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan